Tuesday, February 17, 2009

Islam Dalam Era Globalisasi


TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah

بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

ETIKA AKTIVIS ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
(Nota Ringkas ceramah)

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY


Etika yang dimaksudkan ialah dalam tradisi ilmu-ilmu Islamnya “adab-adab” yang meliputi semua aspek.
Seperti buku karangan al-Mawardi “adabu-d-dunya wa-d-din”.

Dalam hubungan dengan Tuhan:
mengenalnya, mengenal hukum-hukumnya, nilai-nilai suruhannya, kasih kepadanya, kepada Rasulnya, kepada apa yang membawa kepada kasihnya.

Dalam hubungan dengan makhluk Tuhan:
bergaul dengan sikap “al-nasihah”, “maslahah”, “da’wah’, “kasih-sayang”, “sangka yang baik”, “mendatangkan manfaat”, “mengelak kemudharatan”

Dalam sikap menjayakan da’wah:
dengan hikmah-kebijaksanaan, dengan nasihat yang baik, jidal dengan cara yang paling baik;

Dengan kebijaksanaan:
Qur’an, Sunnah, kata-kata yang benar dan mulia, membawa kepada amalan-amalan, kata-kata, sikap, nilai-nilai yang sebenar.

Dengan nasihat yang baik:
dengan lemah lembut, mengajak dengan ikhlas kepada kebajikan, kasih sayang, kerjasama, hubungan silatur-rahim, menyelesaikan keresahan dan masalah, dengan memberi peransang kepada kebajikan, menggerunkan daripada kejahatan, dengan contoh tauladan yang baik, dengan doa.terelak daripada herdik, umpat, menjatuhkan nama, maki hamun, melaknat, dan sebagainya.

Dengan mujadalah dengan cara yang paling baik:
dengan kasihan belas, kasih sayang, hendak menyelamatkan, dengan hujjah yang nyata, bukan meniatkan untuk kemenangan, tetapi untuk sampai kepada kebenaran, dengan jujur, bukan setakat hendak mendiamkan hujjah lain, tidak terdorong kerana nafsu, tetapi kerana ilmu dengan bergantung kepada Allah, punca segala ilmu.

Dalam globalisasi:
mesti kenal apa itu globalisasi, apa ciri-cirinya, apa asal-usulnya;

Apa yang positifnya: dalam hubungan dengan maklumat, pengetahuan, komunikasi, maklumat, bahkan kebijaksanaan, perdagangan, pengurusan serta pentadbiran, bahkan kerajaan; governan;

Yang positif dalam pendidikan, termasuk pendidikan Islam melalui internet: maklumat tentang pendidikan Islam seperti “Islam On-line”, “al-Islam.com”, “al-Muhaddith.com”, dll.
Dengan menggunakan pencari-pencari “Google.com”, “Alta Vista.com”,
Ada halaman membantu terjemahan seperti “alajeeb.com”, “babelfish.com”, “ecto.com” dll. “tarjim.com” dll.
Ada laman-laman web para ulama seperti: “Dr Ramadan al-Buti”, “al-Qaradawi.net” dll.
Ensiklopedia-ensiklopedia, kamus-kamus, akhbar-akhbar, majalah-majalah dll.
Ada e-mail yang boleh dimanfaatkan.

Apa yang negatifnya:
berkenaan dengan tersebarnya nilai-nilai budaya negatif, maklumat-maklumat pornografi, maklumat-maklumat sesat, dan menyesatkan, penyebaran ‘mono-culture” barat yang menindas budaya pelbagai di dunia; penghakisan jati-diri timur
Penipuan dalam internet, e-commerce, dll.

Persiapan-persiapan: antaranya:

Pengetahuan tentang Islam, nilai-nilainya, prinsip-prinsipnya, akhlaknya, adat-adat yang diterimanya dalam tamadun kita.
mempelajari prinsip-prinsip dan nilai-nilai budaya sekitar kita;
Beradab dalam dialog budaya dan dialog intelektuil
Penekanan kepada faktor-faktor kejernihan peribadi untuk menjadi contohnya;
Kerjasama antara badan-badan Islam atau institusi-institusinya
Adab antara badan-badan Islam- selalu ada perhubungan, bertindak bersama
Beramal dengan dasar “ruhama’ bainahum” sesama mukminin, dan hormat menghormati dengan pihak lain
Home page for TRADITIONAL ISLAM:
www.geocities.com/traditionalislam/ or traditionalislam.tripod.com
geovisit();

Info Kesihatan

KESUSAHAN UNTUK TIDUR
Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris
Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini..... Gejala-gejalaPunca-PuncaApa yang boleh dilakukan oleh andaApa yang boleh dilakukan oleh doktor
Gejala-gejalav Kesukaran untuk tidur.v Tidur yang putus-putus atau resah.v Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.v Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.v Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.
Punca-puncav Tekanan dan kerisauanv Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.v Persekitaran baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.v Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.v Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.v Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.v Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
Apa yang boleh dilakukan oleh andav Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.v Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.v Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.v Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.v Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di sebaliknya, ambil minuman bersusu.v Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.v Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.v Baca sebuah buku yang membosankan.v Dengar muzik yang lembut.v Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.v Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.
Apa yang boleh dilakukan oleh doktorv Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.v Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.v Pempreskripsi ubat – tablet tidur, jika perlu.v Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri.Hidup dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur!

Copyright Disclaimer Copyright © 2001, GS Vision Sdn Bhd, Malaysia All Rights Reserved

Monday, February 2, 2009

special education

PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
Perkembangan mental
Kestabilan emosi
Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.

Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
Sekolah Khas
Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
Pemulihan Khas
Program Disleksia
Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
Masalah Pembelajaran
Masalah Pendengaran
Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!


Hak Cipta Terpelihara � 2008 Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang & Selama. Entries RSS Comments RSS