Tuesday, February 17, 2009

Islam Dalam Era Globalisasi


TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah

بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

ETIKA AKTIVIS ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
(Nota Ringkas ceramah)

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY


Etika yang dimaksudkan ialah dalam tradisi ilmu-ilmu Islamnya “adab-adab” yang meliputi semua aspek.
Seperti buku karangan al-Mawardi “adabu-d-dunya wa-d-din”.

Dalam hubungan dengan Tuhan:
mengenalnya, mengenal hukum-hukumnya, nilai-nilai suruhannya, kasih kepadanya, kepada Rasulnya, kepada apa yang membawa kepada kasihnya.

Dalam hubungan dengan makhluk Tuhan:
bergaul dengan sikap “al-nasihah”, “maslahah”, “da’wah’, “kasih-sayang”, “sangka yang baik”, “mendatangkan manfaat”, “mengelak kemudharatan”

Dalam sikap menjayakan da’wah:
dengan hikmah-kebijaksanaan, dengan nasihat yang baik, jidal dengan cara yang paling baik;

Dengan kebijaksanaan:
Qur’an, Sunnah, kata-kata yang benar dan mulia, membawa kepada amalan-amalan, kata-kata, sikap, nilai-nilai yang sebenar.

Dengan nasihat yang baik:
dengan lemah lembut, mengajak dengan ikhlas kepada kebajikan, kasih sayang, kerjasama, hubungan silatur-rahim, menyelesaikan keresahan dan masalah, dengan memberi peransang kepada kebajikan, menggerunkan daripada kejahatan, dengan contoh tauladan yang baik, dengan doa.terelak daripada herdik, umpat, menjatuhkan nama, maki hamun, melaknat, dan sebagainya.

Dengan mujadalah dengan cara yang paling baik:
dengan kasihan belas, kasih sayang, hendak menyelamatkan, dengan hujjah yang nyata, bukan meniatkan untuk kemenangan, tetapi untuk sampai kepada kebenaran, dengan jujur, bukan setakat hendak mendiamkan hujjah lain, tidak terdorong kerana nafsu, tetapi kerana ilmu dengan bergantung kepada Allah, punca segala ilmu.

Dalam globalisasi:
mesti kenal apa itu globalisasi, apa ciri-cirinya, apa asal-usulnya;

Apa yang positifnya: dalam hubungan dengan maklumat, pengetahuan, komunikasi, maklumat, bahkan kebijaksanaan, perdagangan, pengurusan serta pentadbiran, bahkan kerajaan; governan;

Yang positif dalam pendidikan, termasuk pendidikan Islam melalui internet: maklumat tentang pendidikan Islam seperti “Islam On-line”, “al-Islam.com”, “al-Muhaddith.com”, dll.
Dengan menggunakan pencari-pencari “Google.com”, “Alta Vista.com”,
Ada halaman membantu terjemahan seperti “alajeeb.com”, “babelfish.com”, “ecto.com” dll. “tarjim.com” dll.
Ada laman-laman web para ulama seperti: “Dr Ramadan al-Buti”, “al-Qaradawi.net” dll.
Ensiklopedia-ensiklopedia, kamus-kamus, akhbar-akhbar, majalah-majalah dll.
Ada e-mail yang boleh dimanfaatkan.

Apa yang negatifnya:
berkenaan dengan tersebarnya nilai-nilai budaya negatif, maklumat-maklumat pornografi, maklumat-maklumat sesat, dan menyesatkan, penyebaran ‘mono-culture” barat yang menindas budaya pelbagai di dunia; penghakisan jati-diri timur
Penipuan dalam internet, e-commerce, dll.

Persiapan-persiapan: antaranya:

Pengetahuan tentang Islam, nilai-nilainya, prinsip-prinsipnya, akhlaknya, adat-adat yang diterimanya dalam tamadun kita.
mempelajari prinsip-prinsip dan nilai-nilai budaya sekitar kita;
Beradab dalam dialog budaya dan dialog intelektuil
Penekanan kepada faktor-faktor kejernihan peribadi untuk menjadi contohnya;
Kerjasama antara badan-badan Islam atau institusi-institusinya
Adab antara badan-badan Islam- selalu ada perhubungan, bertindak bersama
Beramal dengan dasar “ruhama’ bainahum” sesama mukminin, dan hormat menghormati dengan pihak lain
Home page for TRADITIONAL ISLAM:
www.geocities.com/traditionalislam/ or traditionalislam.tripod.com
geovisit();

No comments:

Post a Comment